MENDENGAR DAN MEMAHAMI MAKNA

Listen to Quran

Wednesday, October 7, 2009

Laporan KPI: Guru Wanita Saman Pengetua RM228,000

KUANTAN 6 Okt. - Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000.

Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jalan Gambang memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu.

Rozilah selaku plaintif yang diwakili peguam Balkish Alias menamakan pengetua sekolah tersebut, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani hari ini.

Hassan bagaimanapun menetapkan 5 November ini sebutan semula kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.

Guru berkenaan yang telah berkhidmat sejak 11 tahun lalu mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya melalui laporan KPI yang dikeluarkan oleh defendan.

Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan KPI yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan.

''Pengetua itu turut memalukan saya di hadapan guru lain selain menuduh saya sengaja enggan mematuhi perintah.

''Malah, saaya tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketua saya itu,'' dakwanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui laporan prestasinya diketahui pihak lain sebelum dia menerimanya.

Ekoran tersebarnya laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah selain perasaan malu yang akan kekal sepanjang hayat.

Disebabkan laporan itu juga, dakwa Rozilah, kewibawaan dan reputasinya sebagai seorang pendidik dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.

Sehubungan itu, dia tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan selain memulihkan kembali reputasinya yang terjejas teruk.




Kalau menang best la cikgu ni....

2 comments:

  1. Kengkadang akak terpikir juga...dimanakah silapnya bila berlaku perkara sebegini. Adakah benar2 performance cikgu tu teruk, sistem penilaian atau guru besar tu ada personal problem? Dunia kerjaya memang akan selalu ada perkara2 sebegini. Terjadi tunding menunding jari. Itulah akibatnya bila tak ada keikhlasan di dalam melakukan pekerjaan.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. btul tu kak...skrg ni org kerja bkn ikhlas,tp kerana pangkat dan jawatan...boleh kira la org yg kerja btul2 ikhlas...

    Bos sndiri pn kadang tak ikhlas...

    ReplyDelete