MENDENGAR DAN MEMAHAMI MAKNA

Listen to Quran

Thursday, May 20, 2010

PUNCA HISTERIA

Antara punca histeria..

1.Kurang kasih sayang meenyebabkan bnyk masalah yg dipendam.

2.Gangguan mental.

3.Sihir.

4.Akibat kecuaian diri endiri.

5.Akibat dendam/cinta makhluk jin.antara sebabnya suka mendedahkan aurat.

6.Akibat saka-warisan jin pendamping daripada keluarga.

7.Sering lupa kepada Allah s.w.t,kurang amal ibadat.

8.Kurang membaca doa-doa tertentu spt "Bismillah" atau "Taawuz".

9.Suka melakukan perangai yg disukai oleh syaitan (menurut hawa nafsu,mengabaikan hal halal dan haram).

10.Melakukan perbuatan yang bercanggah dan bertentangan dgn ajaran Islam spt emujaan roh @ menghadirkan roh atau syaitan yg menjelma sbg roh tersebut.

Tuesday, April 20, 2010

HIKMAH SUJUD

1.Melegakan sistem pernafasan
2.Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya
3.Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
4.Membetulkan bahagian peranakan yg jatuh
5.Melegakan sakit hernia
6.Mengurangkan sakit senggugut
7.Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan
8.Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa
9.Kedudukan sujud paling baik utk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian
belakang tubuh
10.Mengelakan pendarahan otak.

Sunday, April 18, 2010

Monday, April 5, 2010

SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

'Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.'

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

'Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.'

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

'Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?'

Ibrahim bin Adham berkata:

'Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA.'

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

'Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

'Ya!' tegas Ibrahim bin Adham.

'Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? '

'Yang kedua,' kata Ibrahim, 'kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

'Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? '

'Ya! Anda benar.' kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

'Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!'

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

'Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?'

'Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?' kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

'Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

'Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? '

'Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?'

'Baiklah, apa syarat yang kelima?'

Ibrahim pun menjawab:

'Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.'

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

'Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. '
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

'Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah.' katanya sambil teresak-esak.

Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.

Wednesday, March 24, 2010

SAHAM KE NERAKA

Salam...

Berikut disenaraikan beberapa perkara yg boleh menghumban sesiapa ke dlm neraka...:-

1.Syirik kepada Allah.

2.Kufur kepada Allah.

3.Mengingkari salah satu daripada rukun Islam.

4.Mengolok-olokkan Allah,agama-Nya atau rasul-Nya.

5.Mencaci Allah.

6.Berhukum dengan selain hukum Allah.

7.Munafik.

Monday, March 22, 2010

CATATAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda yg bermaksud:"Allah berfirman,Jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan,jgn kalian (para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya.
Jika ia telah melakukannya,tulislah dgn semisalnya.Jika ia meninggalkannya kerana-Ku,tulislah utknya satu kebaikan.Jika ia berniat melakukannya,tulislah utknya satu kebaikan.
Jika telah melakukannya,tulislah utknya ganjaran 10 kali ganda hingga 700 kali ganda.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, March 21, 2010

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Khutbah disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. '

Thursday, February 18, 2010

Gambar Dulu-Dulu



Salam...

Ni gambar masa sekolah dulu form 6...gambar ni kat UUM time kursus...
Bila tengok gambar ni teringatpulak kat kawan2 yang dh lama tak jumpa....beza betul gambar dulu dgn sekarang...sekarang ni dan makin bertambah berat....hahaha....

Wednesday, February 17, 2010

LYE HUAT GARDEN




belakang tu ikan besar...


Harimau tgh mengamuk..ada org kacau..


yg ni harimau sopan santun..bagus je...




burung apa ni erk?...


yang ni pun burung apa ha?...




ikan apa ntah?



yang ni ada kenal tak?...












SALAM...

13/2/2010 aku bawa famili p jalan-jlan kt Lye Huat Garden,jln Changloon...Dah boring dok umah tak tau nak buat apa..kesian pulak tgk anak aku tu,tak p mana pun...

Aku bawa la p tgk binatang kat aku...Aku pun baru first time masuk.hehehe...

Sunday, January 31, 2010

DATO' ISHAK BAHAROM DALAM KENANGAN



Assalamualaikum..

31/01 /2008,Malaysia telah kehilangan seorang ulamak yang juga bekas mufti Selangor...
Hari ni sudah 2 tahun belliau meninggalkan kita..
Aku masih ingat lagi tarikh ini,pada waktu ni aku berada di Banting,Selangor dan dalam perjalanan ke Muar,Johor.

Waktu itu aku terkejut bila mendengar khabar Dato Ishak Baharom meninggal dunia...
Selama hampir 3 tahun aku menuntut ilmu dgn Dato Ishak,ketika beliau datang ke Kedah untuk kuliah subuh bulanan...

Memang aku tak boleh lupa dgn wajahnya yang berseri2..MasyaAllah,Allah pelihara wajahnya...Aku juga berasa bertuah kerana dapat bersalaman dan menatap wajah beliau setiap kali beliau datang ke sini...

Tapi kini Dato Ishak Baharom sudah tiada,yang ada hanya buku2 tulisannya.Segala ilmu yang diberi aku tetap ingat sehingga sekarang...

Al-Fatihah untuk Allahyarham Dato' Ishak Baharom...

Sunday, January 24, 2010

JALAN-JALAN PERLIS




jom masuk ramai2...murah je...













Salam..

Kelmarin p cucuk Adriana kat Klinik Mahsuri...Nasib la p cucuk Adriana tak teriak..
Lepas p cucuk tu,kami tak tau nak p mana...wife ajak p Perlis....Kat Perlis pun tak banyak sgt tempat menarik...

Tengah drive tu tetiba teringat nk p Taman Herba....Kami pun singgah la kat situ..
Ramai juga pelawat yang datang...Ada student USM...Adriana pun bkn main seronok dapat masuk hutan....

BIRTHDAY ADRIANA


kek hari jadi Adriana




seronok sungguh.....







Salam.

Hari Jumaat 22/01/2010 genap 1 tahun umur Nur Adriana Safiyya...
Bukan main seronok budak kecik ni....Cakap banyak pulak tu..

Hari tu buat la sikit majlis hari jadi dan kesyukuran untuk Adriana...
Terima kasih kepada rakan2 yang datang,Fazlan & famili,Afzanizam & famili,Irwan & famili,Amirul & famili,Kak Suhaili,Syikin,Kak Ilah,Noni,serta sanak saudara..


Monday, January 18, 2010

DINNER STUDENT



Salam....

16/1/2010 diadakan dinner utk X-student KKBD...aku pun join sama..Dinner diadakan di Kolej Heights Utara..
Jumpa la member2 lama..Kebanyakkan sudah bekerja dan ada yang dah berkahwin..Jumpa malam tu pun ramai yang dah berubah dari saiz badan....Macam2 ada..yang makin berisi pun ada...
Dinner ni diadakan pertama kali...So rmai lg la member2 yang tak dapat hadir...

Sunday, January 10, 2010

KURSUS BAIKPULIH NOTEBOOK PART 2


















mini wireless card







































































































































COMPAQ PRESARIO V 3000

penat siot snap gambar....