MENDENGAR DAN MEMAHAMI MAKNA

Listen to Quran

Tuesday, October 27, 2009

ORANG PALING SIBUK DI DUNIA

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Monday, October 26, 2009

KENANGAN LALU TERJAH KEMBALI

Salam....

Sekarang ni musim haji 1430H..aku teringat masa aku pergi ke Makkah tahun 2002,bersama ibu dan bapaku.

23/1/2002 aku bertolak dari airport Subang pukul 12.20 am menuju ke lapangan terbang Jeddah...Aku sampai di Jeddah pukul 4 pagi waktu Arab Saudi..

Sampai kat airport kena check pasport la,tgk perangai pak Arab ni sakit hati pun ada..Boleh biar kita beratur ramai2 kt airport...mmg geram la time tu.Solat Subuh kat airport..

Pukul 6 pagi bertolak menaiki bas ke Madinah..Masa sampai katMadinah,hati terasa sayu bila pandang kubah hijau,dibawah kubah hijau itu terletaknya makam Rasulullah..

First time masuk Masdid Nabawi,terasa begitu teruja dgn keindahan masjid..

Aku pergi ziarah makam Rasulullah..Aku termnung lama kat depan makam Rasulullah tanpa sedari air mata jatuh jua..

Setelah 8 hari di Madinah aku bertolak ke Makkah...Aku sampai di Mekah pukul 4.30 ptg..
Siap kemas barang di hotel,aku turun menuju ke Masjidil Haram....
Terpandang Kaabah,sekali lagi air mata jatuh di tanah haram ini...

Time aku pergi ni tak boleh snap picture sbb pak Arab jaga kat pintu masuk tu bt sportcheck semua beg jemaah haji..kalau bawa kamera sure kena rampas..
Bawa gunting utk tahalul pun kena rampas...
Bawa makanan pun kena juga...

Tapi pak Arab ni tak check kalu bawa sejadah...Aku pun kadang2 sorok buah dalam sejadah tu..

Kalau nak cerita ni panjang juga ni...Siap la 1 buku...

Apa2 pun aku bersyukur kepada Allah kerana aku telah menjadi tetamu Allah...
Aku berdoa agar dapat menjejak kaki ku lagi di Tanah Suci ini....

APAKAH INI?



KALAU JUAL PUN TAK BALIK MODAL.....


Saturday, October 24, 2009

PANGGILAN HAJI TIBA LAGI




SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA SEMUA JEMAAH MALAYSIA...

SYUKUR KERANA DAPAT MENJADI TETAMU ALLAH..

MOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR..

KURSUS DI KL






tgh kursus


highway kat Ipoh..tgh boring drive kereta.


dkt dgn Jelapang....nmpk waterfall tu...cantik...


kt bilik hotel...


kabus tebal waktu pagi...




mamat perasan...hehehe...


Salam..

Dah lama tak menulis blog...hampir 1 week..
Aku p KL 1 week sebab hadir kursus di KL International Hotel..

Aku p KL hari Jumaat 16/10/09..Dah lama tak drive kereta jauh2,rasa penat la juga..
Aku pergi dgn wife dan anak aku.Kebetulan wife pun kena kursus kat Bukit Bintang,di Hotel Coronade.

Anak aku terpaksa tinggal kat umah adik ipar aku di UPM Serdang..Nasib baik dia boleh duduk juga..Time kursus tu susah hati juga memikir anak aku ni..

Aku balik kedah hari Jumaat juga 23/10/09...kira 1 week la aku stay kt KL...

Hari ni baru la dapat tulis blog...dah lama tak buka..Rasa x best pulak dok KL x dapat tulis blog..Terlalu padat jadual kursus..

Thursday, October 15, 2009

AKU & MEREKA




FIKIR-FIKIRKANLAH DIMANA KITA...

Tuesday, October 13, 2009

BUANG BAYI LAGI


SUNGAI PETANI: Seorang petugas Masjid Taman Keladi, di sini, yang ke masjid berkenaan pagi semalam untuk memeriksa struktur bumbung bangunan itu yang bocor, terkejut apabila menemui bungkusan berisi mayat bayi lelaki.

Zulkifli Said, 56, yang juga Pengerusi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Musolla Al-Abrar, di sini, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi sebaik dia membuka pintu pagar masjid itu yang dijadikan kelas Kafa yang tidak berkunci.

Katanya, sebaik melangkah masuk ke kawasan masjid dia terpandang satu bungkusan kain lampin dan tuala selain pelapik yang diletakkan di depan pintu masuk.


“Disebabkan mengesyaki ia bayi, saya segera menghubungi polis yang tiba beberapa minit kemudian dan mendapati ia adalah mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya di sini, semalam.

Berdasarkan keadaannya, bayi itu dipercayai mati sebelum mayatnya diletakkan di masjid itu.

Zulkifli berkata, ketika ditemui ada tompokan darah pada kain lampin berkenaan selain mayatnya seperti sudah dimandikan, manakala kedua-dua tangannya diletakkan di perut seperti orang bersolat.

Mayat bayi itu dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui kerana masjid itu sunyi disebabkan ia tidak lagi digunakan.

Bangunan masjid itu hanya digunakan oleh murid Kafa yang bermula jam 2.30 petang tiga kali seminggu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Hashim Ali ketika dihubungi berkata, mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hos pital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk proses bedah siasat.

Katanya, polis akan menjalakan siasatan terperinci mengenai kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita yang baru bersalin tetapi bayinya tiada supaya tampil membantu siasatan.

Makin menjadi2 kes buang bayi kat Sg.Petani ni...dh jadi port la pulak...pandai pulak buang kat masjid...sapa la mak pak bayi tu ha?bintnatang pun tau kesian kat anak dia...Ni manusia lebih teruk dari binatang.

Dunia akhir zaman...Patut la bnyk sangat bala yang Allah turunkan.

Sunday, October 11, 2009

BERMEGAH DENGAN ILMU

"Daripada Ka'ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn 'Umar, al-Hakim daripada Jabir bin 'Abdillah. Al-Hakim

Tujuan menuntut ilmu agama adalah untuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. Juga untuk menegakkan kebenaran dan membelanya. demikian tugasan dan tanggungjawab taalib al-'Ilm dan ulama' (ahl al-'Ilm). Menuntut ilmu adalah ibadah dan ianya membawa insan muslim ke syurga. Namun ada di kalangan manusia golongan yang ingin bermegah-megah dengan ilmu agamanya, bukan untuk kebenaran tetapi sekadar untuk menaikan diri dan kedudukannya sahaja.

Tapi sekarang ni ramai yang menuntut ilmu utk bermegah dan tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesilapan.Tidak kira la ilmu akhirat atau dunia...Dunia akhir zaman..

Tuntut ilmu sampai mati pun x kan habis...Luasnya ilmu Allah ni..

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

LUASNYA NERAKA

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Wednesday, October 7, 2009

Laporan KPI: Guru Wanita Saman Pengetua RM228,000

KUANTAN 6 Okt. - Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000.

Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jalan Gambang memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu.

Rozilah selaku plaintif yang diwakili peguam Balkish Alias menamakan pengetua sekolah tersebut, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani hari ini.

Hassan bagaimanapun menetapkan 5 November ini sebutan semula kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.

Guru berkenaan yang telah berkhidmat sejak 11 tahun lalu mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya melalui laporan KPI yang dikeluarkan oleh defendan.

Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan KPI yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan.

''Pengetua itu turut memalukan saya di hadapan guru lain selain menuduh saya sengaja enggan mematuhi perintah.

''Malah, saaya tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketua saya itu,'' dakwanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui laporan prestasinya diketahui pihak lain sebelum dia menerimanya.

Ekoran tersebarnya laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah selain perasaan malu yang akan kekal sepanjang hayat.

Disebabkan laporan itu juga, dakwa Rozilah, kewibawaan dan reputasinya sebagai seorang pendidik dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.

Sehubungan itu, dia tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan selain memulihkan kembali reputasinya yang terjejas teruk.




Kalau menang best la cikgu ni....

Monday, October 5, 2009

MAKAN PETANG


Adriana lapar mushroom soup...order utk dia satu..


Tu la makanan yang aku order..



Salam...

Petang kelmarin balik dari kerja,teringin pulak nk makan kat luar..
Balik umah kejap,rest,solat,mandi,pastu keluar makan kat luar..
Aku dgn wife p makan kat kedai Hot West kat jln Hutan Kampong..
Restoran ni terletak dlm kawasan perniagaan kayu jati...
Restoran tepi jln,bumbung warna kuning.Sedap juga mkn kat situ..

Sesiapa yang nk try kt situ ok la jg...masakan mmg sedap..

Sunday, October 4, 2009

FAMILI KU


NI GAMBAR KAT KEDAI MAKAN DI BANDAR DARULAMAN
TU ABG AKU DOK JOHOR KERJA KT PENJARA MUAR..


MY FATHER,WIFE & SON


NI ANAK ABG AKU.


NI ANAK AKU SERONOK NAIK BABY WALKER..
SENYUM HBIS RIANG LA TU...BARU BELI...
YANG KT BELAKANG TU PULAK ANAK SEDARA AKU..
HAT TU SEMUA LAKI,PPUAN X DA LAGI...
BOLEH MAIN GAME TAK INGAT DUNIA..


BULAN NOVEMBER NI LAGI RAMAI LA...KAK AKU DOK SABAH BALIK PULAK...
ADA ANAK 4 ORANG,JNIS TAK MAKAN SAMAN...LETIH..