MENDENGAR DAN MEMAHAMI MAKNA

Listen to Quran

Monday, August 24, 2009

UJIAN PUASA

Baru 3 hari berpuasa..bnyk juga ujian yg menimpa..
Antaranya kereta aku ni la,mcm hal2 jadi...sblm ni ok je..
Bila puasa je dh jadi lain plk...
Hari ni problem hand break..aduss,tarik hand break tp jatuh balik..........

Minggu lpas dh tukar break dpn...break tu pn dh 2 week rosak,bunyi mcm break lori mesin padi la pulak..
lepas tu tukar tali kipas...baru pakai 2 tahun kereta tu...

Nak hantar p Proton lg la malas,x da kualiti kerja sbb suruh tukar yg rosak,tapi benda lain yg di tukarnya...staff proton tau tukar minyak enjin je...tiap2 kali aku p Proton servis mesti dia sruh tukar minyak.aku suruh check aircond sampai skrg x check..

Bila bt kt kedai luar hilang pulak void proton tu.....
Aku terpaksa juga la hantar kt kedai cina,puas hati tgk cara geng ni buat kerja..

Nanti pkai Toyota Camry la pulak...bila la leh pkai erk..kna tunggu 10 thun lg kot..hehehe...

Sunday, August 23, 2009

TUJUH ORANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH




Salam,

Daripada Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w,sabdanya:"Ada tujuh mcm orangyg akan diberi naungan oleh Allah s.w.t dlm naungannya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah."

1.Imam yang adil

2.Pemuda yg sejak kecil beribadah kpd Allah

3.Seseorang yg hatinya terpaut kepada masjid

4.Dua orang saling cinta mencintai kerana Allah

5.Seorang lelaki yang diajak oleh wanita yg mempunyai kedudukan dan kecantikan wajah,lalu ia berkata,"Sesungguhnya saya takut kepada Allah"

6.Seseorang yg bersedekah dgn sesuatu sedekah,lalu menyembunyikan amalan itu.

7.Seseorang yg ingt kpd Allah di dlm keadaan sepi lalu melelehkan air mata.

Muttafaqun Alaih..

Wednesday, August 19, 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN



Firman Allah s.w.t

"Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertakwa."

(Surah Al-Baqarah:183)

Salam,

InsyaAllah 22/8/09 kita akan bertemu dgn Ramadhan 1430 hijrah..
Semoga dipanjangkan umur dan diberi kekuatan untuk menunaikan kewajipan berpuasa.

Marilah kita memperbanyakkan amal pada bulan Ramadhan.

Wallah hua'lam

Sunday, August 16, 2009

10 ORANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA ALLAH




1. Orang lelaki yg solat sendirian tanpa membaca sesuatu

2. Orang lelaki yg mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat

3. Orang lelaki yg menjadi imam,padahal org yg menjadi makmum membencinya

4. Orang lelaki yang melarikan diri

5. Orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkanya (Taubat)

6. Orang perempuan yg suaminya marah kepadanya

7. Orang perempuan yg mengerjakan solat tanpa memakai tudung

8. Imam atau pemimpin yang sombong atau zalim

9. Orang yg suka makan riba'

10. Orang yg solatnya tidak dpt menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa yg solatnya itu tidak dpt menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t.

Wallah hua'lam..

PETUA UNTUK HATI

1.Amalkan tasbih,tahmid dan takbir - inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w kpd anaknya Siti Fatimah

2.Berdoa - Mhonlah kepadaNya.Ingat doa itu senjata bagi org mukmin

3.Sibukkan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yg boleh melupakan segala kekusutan spt membaca AlQuran,terlibat dgn aktiviti kemasyarakatan dan sbgnya

4.Senyum - Apabila berada dlm tekanan,cubalah utk senyum.Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yg sedang tersenyum.

5.Luahkan perasaan anda - Carilah seseorang yg paling anda percaya sebaiknya yg ada pertalian darah atau org yg arif dlm agama,menulis diari,menulis blog dan sbgnya.

LEMAHNYA DIRI INI

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seseorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Saturday, August 15, 2009

PERGI TAK KEMBALI



Salam,

Al-Fatihah untuk Almarhum Ustaz Asri Ibrahim,vokalis kumpulan Rabbani yg telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis 13/8/09..

Saya terkejut bila mendengar kematian beliau...Saya salah seorang peminat Ust.Asri..
Banyak juga album Ust.Asri yang saya miliki.
Antaranya Gemersik Munajat yg begitu mencengkam jiwa apabila mendengar alunan zikir.

Semoga roh beliau berada di samping orang yang beriman dan bertaqwa.

ADRIANA MASUK WAD


hari rabu malam (12/8/09)




hari Khamis (13/8/09)


Salam,

12/8/09 pukul 9.30 mlm anak aku muntah dan ciit birit..
Aku dan isteri dah tenggelam punca,so bawa la Adriana p Hospital Jitra.

Sampai di hospital pkl 9.45,aku terus bawa ke wad kecemasan..time tu orang punya la ramai.
Ada yang sampai bersila di lantai...

Aku tunggu hampir 1 jam,dah tak larat nak tunggu aku p jumpa doktor bg tau anak aku dah muntah..

Aku pun dapat la masuk awal sikit.Setelah selesai periksa,Adriana kena tahan wad..

Pukul 11.30 mlm aku dgn isteri bawa Adriana ke wad kanak-kanak..
Allah la Yang Maha Mengetahui,time tu tak ada org yang lalu...
Aku punya la baca mcm2 ayat Quran.Seriau juga dh la jln gelap dan sunyi..

Pukul 12.45 am aku balik sorang2.keluar dari wad nk ke parking keta punya la jauh.Dah la jalan sorang2..rasa mcm x mau balik je...Teringat kat anak..

Esok pagi aku ke hospital nk melawat anak aku..Bila sampai anak aku dh kena drip 1 botol air..
Tgk kesian la pulak,nk teriak pun ada..Adriana pun diam je,kadang-kadang dia nangis nk merap dgn mama dia..

Hari tu aku tgk ramai juga budak2 yg masuk wad,sampai katil pun tak cukup..
Pukul 2.30 pm doktor pun datang mai check,tgk anak aku tak da apa2 pun.
Pukul 4 ptg aku bawa anak aku kluar hospital.....

Esoknya pulak p klinik swasta amik ubat...rasa ubat hospital pun tak boleh jalan...kna keluar duit lebih sikit la...

Tuesday, August 11, 2009

DEMAM OH DEMAM

Salam,

Sekarang ni dh tiba musim demam...
Aku sendiri pun x brp sihat lagi ni...masih terasa seram sejuk lagi..
Siang-siang ok,bila malam badan terasa panas....

Pagi tadi dlm pukul 3 pagi anak aku pulak demam..Tengah syok tidur tetiba anak aku jaga,bila check badan panas sgt...

Nasib baik minggu ni aku cuti,tp anak aku x mau sgt dekat aku,dia lebih merap kat mama dia...biasa la budak baru 6 bln.So isteri aku MC la hari ni nk jaga anak.

Agak-agak bila la nak berakhir musibah ni pada umat manusia?Tak sempat H1N1 ni habis dah datang bala' lain pulak..Selsema anjing dah melanda negara China...

Fikir-fikirkanlah...mungkin kita banyak melakukan dosa pada Allah s.w.t..
Ini semua ujian dan bala' dari Allah s.w.t.

Banyak2 la berdoa dan beribadat pada Allah semoga di jahui dari semua penyakit ini....Amin..


Sunday, August 9, 2009

7 PEMERIKSAAN KETIKA MELALUI 'SIRAT'

Salam...

1. Manusia akan diperiksa syahadahnya,adakah mereka benar-benar beriman dgn Allah dan
Rasul-Nya.

2. Manusia akan diperiksa solat mereka.

3. Manusia diperiksa ibadah puasa mereka samada memenuhi syarat dan rukun.

4. Manusia diperiksa mengenai amalan zakat.

5. Manusia diperiksa mengenai ibadah haji.

6. Manusia ditanya menganai ibadah wudhuk dan juga mandi hadas.

7. Sekatan terakhir,manusia akan ditanya soalan dan pemeriksaan paling berat iaitu,mereka pernah melakukan KEZALIMAN terhadap sesama manusia.

WALLAH HU'ALAM...

SUSPEK H1N1

Dah lama x menulis blog....
Baru ni problem streamyx...ntah le tetiba je down may be hujan kot...
So hari ni dah ok....

Hari Jumaat baru ni,aku p hospital nk p check demam n batuk..
Pukul 10 pg aku p Hospital Sultanah Bahiyah...
Aku p la check darah aku..tgk ok x da la kna darah tinggi...

Lepas tu masuk jumpa doktor pulak,dia pn x tau apa sakit aku...
Doktor suspek je...So aku pun kna la tahan kat wad Pemerhatian daru pukul 12pm-3pm.
Dok dalam wad tu punya la sejuk mcm bilik server...Dah la bantal dgn selimut tak bagi..time tu plk hujan lebat beserta ribut.

Aku punya la tunggu nurse nk tambah air....nurse kata darah akukluar banyak..
Time nak masuk air tu darah aku mercik terlalu bnyk sampai darah tu block air dari masuk ke badan aku..

Time ni isteri aku dah risau takut aku kena tahan....nasib baik anak aku kecik lagi,klu x anak dgn mak la sedih sama..mak dan bapak aku pun sama risau juga...tapi aku boleh dok relax lagi kat hospital tu...rasa mcm x da apa-apa.

Nurse kata tunggu doktor pulak nak tambah air.aku tungu dkt 2 jam tapi doktor pn x nampak.
Pukul 2.30 baru la doktor mai.doktor check suhu badan aku dh ok...pas tu dia suruh aku kluar...penat btoi tunggu nk masuk air..sampai ke sudah air x masuk...

Minggu ni aku cuti 1 week la..senang...dok umah je dengar kuliah Syeikh Nuruddin.