MENDENGAR DAN MEMAHAMI MAKNA

Listen to Quran

Tuesday, October 13, 2009

BUANG BAYI LAGI


SUNGAI PETANI: Seorang petugas Masjid Taman Keladi, di sini, yang ke masjid berkenaan pagi semalam untuk memeriksa struktur bumbung bangunan itu yang bocor, terkejut apabila menemui bungkusan berisi mayat bayi lelaki.

Zulkifli Said, 56, yang juga Pengerusi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Musolla Al-Abrar, di sini, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi sebaik dia membuka pintu pagar masjid itu yang dijadikan kelas Kafa yang tidak berkunci.

Katanya, sebaik melangkah masuk ke kawasan masjid dia terpandang satu bungkusan kain lampin dan tuala selain pelapik yang diletakkan di depan pintu masuk.


“Disebabkan mengesyaki ia bayi, saya segera menghubungi polis yang tiba beberapa minit kemudian dan mendapati ia adalah mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya di sini, semalam.

Berdasarkan keadaannya, bayi itu dipercayai mati sebelum mayatnya diletakkan di masjid itu.

Zulkifli berkata, ketika ditemui ada tompokan darah pada kain lampin berkenaan selain mayatnya seperti sudah dimandikan, manakala kedua-dua tangannya diletakkan di perut seperti orang bersolat.

Mayat bayi itu dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui kerana masjid itu sunyi disebabkan ia tidak lagi digunakan.

Bangunan masjid itu hanya digunakan oleh murid Kafa yang bermula jam 2.30 petang tiga kali seminggu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Hashim Ali ketika dihubungi berkata, mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hos pital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk proses bedah siasat.

Katanya, polis akan menjalakan siasatan terperinci mengenai kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita yang baru bersalin tetapi bayinya tiada supaya tampil membantu siasatan.

Makin menjadi2 kes buang bayi kat Sg.Petani ni...dh jadi port la pulak...pandai pulak buang kat masjid...sapa la mak pak bayi tu ha?bintnatang pun tau kesian kat anak dia...Ni manusia lebih teruk dari binatang.

Dunia akhir zaman...Patut la bnyk sangat bala yang Allah turunkan.

1 comment:

  1. Salam,

    Tu la kalau tak mau hukum Hudud maksiat berleluasa macam pesta. Naim dok kat jitra di mana? mertua saya dok kat kg Gelong Rambai Tunjang. Kalau ada kesempata bolih bersua muka. Agak2 saya naim satu jemaah dgn saya kut dam muda lag. Yang gambar atas tu anak sulung kut. kalu tak keberatan blh bagi alamat di jitra.

    ReplyDelete