MENDENGAR DAN MEMAHAMI MAKNA

Listen to Quran

Sunday, September 6, 2009

PENAWAR BURUK SANGKA

Sebenarnya, tiada penawar mahupun yang berasaskan sainstifik atau tradisional yang mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit buruk sangka ini. Namun para ulamak dan cendiakawan islam ada menyarankan beberapa cara. Antaranya:

1. Buruk sangka terhadap diri sendiri, tetapi jangan mencari kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan orang yang diburuk sangka terhadapnya itu dengan lebih rapat dan berdoalah untuk kebaikkan baginya.

2. Bermuhasabah diri setiap hari, jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan orang yang dikuasai was-was.

3. Perbaikilah diri kita dan bersihkanlah ia dari sifat buruk, kerana di sebalik buruk sangka akan mengundang sifat-sifat keji yang lain.

4. Ingatlah selalu bahawa Mahabbah, Mawaddah dan bersikap toleransi itu adalah nikmat yang sangat besar. Jangan musnahkan nikmat itu dengan sifat buruk sangka.

5. Ingatlah selalu, bahawa buruk sangka boleh merosakkan diri kita. Kita akan kehilangan rakan, kekasih, saudara-mara, malah juga isteri. Kita akan kehilangan
ramai khalik dan disisih oleh masyarakat.

6. Ketahuilah dan ingatlah, bahawa syariat islam meletakkan asasnya atas rasa sangka baik terhadap semua orang islam dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi.


Perasaan buruk sangka ini susah untuk dibuang dari hati orang...ini kerana mereka sering memandang serong terhadap orang lain...Dan mereka selalu mengatakan diri mereka sahaja yang betul..

Dari perasaan buruk sangka inilah akan lahir satu perasaan yang lain,iaitu ego,riak,takabbur...MasyaAllah...

"Ya Allah kau hindarilah hambaMU ini dari segala perasaan tersebut yang boleh meretakan hubungan antara manusia.."

No comments:

Post a Comment