Daripada Ali r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiada seorang Muslim pun yang meninjau saudaranya Muslim (yang sakit) di waktu pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperolehi kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang."
"Dan jikalau ia meninjau di waktu petang, maka ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya ia memperolehi kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi. Juga orang tersebut akan memperolehi tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
No comments:
Post a Comment