MENDENGAR DAN MEMAHAMI MAKNA

Listen to Quran

Wednesday, November 11, 2009

END OF THE WORLD 2012



Salam....

Begitulah tajuk filem yang akan di tayang kan nanti di pawagam...
Adakah kita percaya kiamat itu berlaku pada tahun 2012...
Sedangkan Rasulullah pun tidak tahu bila berlakunya kiamat...

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akan terjadi hari qiamat?". Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu"? Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat".

1 comment:

  1. menonton filem ini bukan bermakna kita percaya 2012 akan terjadi kiamat. malah saya rasa semua yg menonton bukan kerana percaya 2012 akan terjadi kiamat.

    jalan cerita filem ini juga bukan memaparkan hari kiamat tetapi lebih kepada filem aksi dengan cereka yang dibina berpandu skrip.

    jangan menuduh sebarangan. kebanyakan yg hadir ke pawagam menonton filem ini adalah untuk melihat aksi dan kecanggihan grafik serta effect yang sudah tentu tiada di dalam filem Malaysia.

    ReplyDelete