MENDENGAR DAN MEMAHAMI MAKNA

Listen to Quran

Wednesday, March 24, 2010

SAHAM KE NERAKA

Salam...

Berikut disenaraikan beberapa perkara yg boleh menghumban sesiapa ke dlm neraka...:-

1.Syirik kepada Allah.

2.Kufur kepada Allah.

3.Mengingkari salah satu daripada rukun Islam.

4.Mengolok-olokkan Allah,agama-Nya atau rasul-Nya.

5.Mencaci Allah.

6.Berhukum dengan selain hukum Allah.

7.Munafik.

Monday, March 22, 2010

CATATAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda yg bermaksud:"Allah berfirman,Jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan,jgn kalian (para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya.
Jika ia telah melakukannya,tulislah dgn semisalnya.Jika ia meninggalkannya kerana-Ku,tulislah utknya satu kebaikan.Jika ia berniat melakukannya,tulislah utknya satu kebaikan.
Jika telah melakukannya,tulislah utknya ganjaran 10 kali ganda hingga 700 kali ganda.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, March 21, 2010

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Khutbah disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. '

Thursday, February 18, 2010

Gambar Dulu-Dulu



Salam...

Ni gambar masa sekolah dulu form 6...gambar ni kat UUM time kursus...
Bila tengok gambar ni teringatpulak kat kawan2 yang dh lama tak jumpa....beza betul gambar dulu dgn sekarang...sekarang ni dan makin bertambah berat....hahaha....

Wednesday, February 17, 2010

LYE HUAT GARDEN




belakang tu ikan besar...


Harimau tgh mengamuk..ada org kacau..


yg ni harimau sopan santun..bagus je...




burung apa ni erk?...


yang ni pun burung apa ha?...




ikan apa ntah?



yang ni ada kenal tak?...












SALAM...

13/2/2010 aku bawa famili p jalan-jlan kt Lye Huat Garden,jln Changloon...Dah boring dok umah tak tau nak buat apa..kesian pulak tgk anak aku tu,tak p mana pun...

Aku bawa la p tgk binatang kat aku...Aku pun baru first time masuk.hehehe...

Sunday, January 31, 2010

DATO' ISHAK BAHAROM DALAM KENANGAN



Assalamualaikum..

31/01 /2008,Malaysia telah kehilangan seorang ulamak yang juga bekas mufti Selangor...
Hari ni sudah 2 tahun belliau meninggalkan kita..
Aku masih ingat lagi tarikh ini,pada waktu ni aku berada di Banting,Selangor dan dalam perjalanan ke Muar,Johor.

Waktu itu aku terkejut bila mendengar khabar Dato Ishak Baharom meninggal dunia...
Selama hampir 3 tahun aku menuntut ilmu dgn Dato Ishak,ketika beliau datang ke Kedah untuk kuliah subuh bulanan...

Memang aku tak boleh lupa dgn wajahnya yang berseri2..MasyaAllah,Allah pelihara wajahnya...Aku juga berasa bertuah kerana dapat bersalaman dan menatap wajah beliau setiap kali beliau datang ke sini...

Tapi kini Dato Ishak Baharom sudah tiada,yang ada hanya buku2 tulisannya.Segala ilmu yang diberi aku tetap ingat sehingga sekarang...

Al-Fatihah untuk Allahyarham Dato' Ishak Baharom...

Sunday, January 24, 2010

JALAN-JALAN PERLIS




jom masuk ramai2...murah je...













Salam..

Kelmarin p cucuk Adriana kat Klinik Mahsuri...Nasib la p cucuk Adriana tak teriak..
Lepas p cucuk tu,kami tak tau nak p mana...wife ajak p Perlis....Kat Perlis pun tak banyak sgt tempat menarik...

Tengah drive tu tetiba teringat nk p Taman Herba....Kami pun singgah la kat situ..
Ramai juga pelawat yang datang...Ada student USM...Adriana pun bkn main seronok dapat masuk hutan....