MENDENGAR DAN MEMAHAMI MAKNA

Listen to Quran

Wednesday, October 7, 2009

Laporan KPI: Guru Wanita Saman Pengetua RM228,000

KUANTAN 6 Okt. - Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000.

Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jalan Gambang memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu.

Rozilah selaku plaintif yang diwakili peguam Balkish Alias menamakan pengetua sekolah tersebut, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani hari ini.

Hassan bagaimanapun menetapkan 5 November ini sebutan semula kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.

Guru berkenaan yang telah berkhidmat sejak 11 tahun lalu mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya melalui laporan KPI yang dikeluarkan oleh defendan.

Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan KPI yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan.

''Pengetua itu turut memalukan saya di hadapan guru lain selain menuduh saya sengaja enggan mematuhi perintah.

''Malah, saaya tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketua saya itu,'' dakwanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui laporan prestasinya diketahui pihak lain sebelum dia menerimanya.

Ekoran tersebarnya laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah selain perasaan malu yang akan kekal sepanjang hayat.

Disebabkan laporan itu juga, dakwa Rozilah, kewibawaan dan reputasinya sebagai seorang pendidik dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.

Sehubungan itu, dia tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan selain memulihkan kembali reputasinya yang terjejas teruk.




Kalau menang best la cikgu ni....

Monday, October 5, 2009

MAKAN PETANG


Adriana lapar mushroom soup...order utk dia satu..


Tu la makanan yang aku order..



Salam...

Petang kelmarin balik dari kerja,teringin pulak nk makan kat luar..
Balik umah kejap,rest,solat,mandi,pastu keluar makan kat luar..
Aku dgn wife p makan kat kedai Hot West kat jln Hutan Kampong..
Restoran ni terletak dlm kawasan perniagaan kayu jati...
Restoran tepi jln,bumbung warna kuning.Sedap juga mkn kat situ..

Sesiapa yang nk try kt situ ok la jg...masakan mmg sedap..

Sunday, October 4, 2009

FAMILI KU


NI GAMBAR KAT KEDAI MAKAN DI BANDAR DARULAMAN
TU ABG AKU DOK JOHOR KERJA KT PENJARA MUAR..


MY FATHER,WIFE & SON


NI ANAK ABG AKU.


NI ANAK AKU SERONOK NAIK BABY WALKER..
SENYUM HBIS RIANG LA TU...BARU BELI...
YANG KT BELAKANG TU PULAK ANAK SEDARA AKU..
HAT TU SEMUA LAKI,PPUAN X DA LAGI...
BOLEH MAIN GAME TAK INGAT DUNIA..


BULAN NOVEMBER NI LAGI RAMAI LA...KAK AKU DOK SABAH BALIK PULAK...
ADA ANAK 4 ORANG,JNIS TAK MAKAN SAMAN...LETIH..

Tuesday, September 29, 2009

NERAKA JAHANNAM

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Monday, September 28, 2009

UJIAN ALLAH

Salam...

Hari ni dh 2 hari aku x sihat..demam,batuk dan selsema...
Kelmarin aku x p kerja,so MC la 1 hari...
P klinik kelmarin pun ramai jg orang yg x sihat,maklum la lps raya...mkn mcm2.Perut pun terkejut tgk mcm2 bnda mkn masuk.

Smlm balik kuliah,teringat plk apa yg ustaz kata....mcm x brp hari je nk hidup...
Takut jg klu malaikat ambil nyawa...bnyk bnda yg tak sedia lagi ni....amalan pun x ckup.
Banyak dosa yg aku bt tak terampun oleh Allah..

Harap2 hari ni sihat la sikit....

Apa2 pun mohon doa dari Allah moga sembuh penyakit dan dapat lakukan tugas seperti biasa..

RAYA 2009 / 1430 HIJRAH





fauzan.niza,amy,yany,aku..


adriana teriak


ni kat Pendang..1 Syawal (handsome jg erk)


lps mkn kenduri kt Pantai Merdeka... 3 Syawal


kt Pantai Merdeka



ni yang x tahan tgk perut aku...makin kedepan la plk...aduss...


dgn adik ipar


adriana dpt duit raya..seronok sungguh..







Maaf lambat upload gambar latest...Gambar ni baru je amik kat adik ipar..
Tak sempat nk upload,lg pun tak berapa sihat sangat ni...
Raya punya pasal,mkn tak ingt dunia..
Kira melantak je masuk perut...

Ni la gmbr yg paling latest..tp perut tu x leh nak slim world la...Lepas raya naik balik la ni...

Wednesday, September 23, 2009

TIADA LAGI KENIKMATAN RAMADHAN

Salam..

Hari ni dah 4 Syawal....4 hari kita meninggalkan ramadhan...
Kenikmatan Ramadhan sudah tiada lagi,tiada lagi gandaan pahala apabila melakukan amalan sunat,tiada lagi Lailatul Qadar..

Bagi yang membaca Quran setahun sekali tu,harap2 jgn la tinggal membaca Quran lepas Ramadhan ni.Teruskan membaca dan memperbaiki lagi bacaan tu...

Agak2 tahun depan,kita berpeluang lagi tak untuk bertemu dgn Ramadhan...
Sama2 la kita berdoa agar Allah panjangkan umur agar dapat bertemu Ramadhan akan datang..

Jika ini Ramadhan terakhir,mohonlah pada Allah agar menerima segala amalan yang dilakukan...

'Setiap yang bernyawa akan menemui mati'