MENDENGAR DAN MEMAHAMI MAKNA

Listen to Quran

Tuesday, September 29, 2009

NERAKA JAHANNAM

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Monday, September 28, 2009

UJIAN ALLAH

Salam...

Hari ni dh 2 hari aku x sihat..demam,batuk dan selsema...
Kelmarin aku x p kerja,so MC la 1 hari...
P klinik kelmarin pun ramai jg orang yg x sihat,maklum la lps raya...mkn mcm2.Perut pun terkejut tgk mcm2 bnda mkn masuk.

Smlm balik kuliah,teringat plk apa yg ustaz kata....mcm x brp hari je nk hidup...
Takut jg klu malaikat ambil nyawa...bnyk bnda yg tak sedia lagi ni....amalan pun x ckup.
Banyak dosa yg aku bt tak terampun oleh Allah..

Harap2 hari ni sihat la sikit....

Apa2 pun mohon doa dari Allah moga sembuh penyakit dan dapat lakukan tugas seperti biasa..

RAYA 2009 / 1430 HIJRAH





fauzan.niza,amy,yany,aku..


adriana teriak


ni kat Pendang..1 Syawal (handsome jg erk)


lps mkn kenduri kt Pantai Merdeka... 3 Syawal


kt Pantai Merdeka



ni yang x tahan tgk perut aku...makin kedepan la plk...aduss...


dgn adik ipar


adriana dpt duit raya..seronok sungguh..







Maaf lambat upload gambar latest...Gambar ni baru je amik kat adik ipar..
Tak sempat nk upload,lg pun tak berapa sihat sangat ni...
Raya punya pasal,mkn tak ingt dunia..
Kira melantak je masuk perut...

Ni la gmbr yg paling latest..tp perut tu x leh nak slim world la...Lepas raya naik balik la ni...

Wednesday, September 23, 2009

TIADA LAGI KENIKMATAN RAMADHAN

Salam..

Hari ni dah 4 Syawal....4 hari kita meninggalkan ramadhan...
Kenikmatan Ramadhan sudah tiada lagi,tiada lagi gandaan pahala apabila melakukan amalan sunat,tiada lagi Lailatul Qadar..

Bagi yang membaca Quran setahun sekali tu,harap2 jgn la tinggal membaca Quran lepas Ramadhan ni.Teruskan membaca dan memperbaiki lagi bacaan tu...

Agak2 tahun depan,kita berpeluang lagi tak untuk bertemu dgn Ramadhan...
Sama2 la kita berdoa agar Allah panjangkan umur agar dapat bertemu Ramadhan akan datang..

Jika ini Ramadhan terakhir,mohonlah pada Allah agar menerima segala amalan yang dilakukan...

'Setiap yang bernyawa akan menemui mati'

Thursday, September 17, 2009

SALAM I'DULFITRI


Salam....



Saya,Nur Ilani dan Nur Adriana Safiyya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA I'DULFITRI kepada semua yang mengenali dan melawat blog ini...

MAAF ZAHIR & BATIN....

Tuesday, September 15, 2009

MELAWAT ORANG SAKIT

Daripada Ali r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang Muslim pun yang meninjau saudaranya Muslim (yang sakit) di waktu pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperolehi kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang."

"Dan jikalau ia meninjau di waktu petang, maka ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya ia memperolehi kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi. Juga orang tersebut akan memperolehi tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Sunday, September 6, 2009

PENAWAR BURUK SANGKA

Sebenarnya, tiada penawar mahupun yang berasaskan sainstifik atau tradisional yang mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit buruk sangka ini. Namun para ulamak dan cendiakawan islam ada menyarankan beberapa cara. Antaranya:

1. Buruk sangka terhadap diri sendiri, tetapi jangan mencari kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan orang yang diburuk sangka terhadapnya itu dengan lebih rapat dan berdoalah untuk kebaikkan baginya.

2. Bermuhasabah diri setiap hari, jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan orang yang dikuasai was-was.

3. Perbaikilah diri kita dan bersihkanlah ia dari sifat buruk, kerana di sebalik buruk sangka akan mengundang sifat-sifat keji yang lain.

4. Ingatlah selalu bahawa Mahabbah, Mawaddah dan bersikap toleransi itu adalah nikmat yang sangat besar. Jangan musnahkan nikmat itu dengan sifat buruk sangka.

5. Ingatlah selalu, bahawa buruk sangka boleh merosakkan diri kita. Kita akan kehilangan rakan, kekasih, saudara-mara, malah juga isteri. Kita akan kehilangan
ramai khalik dan disisih oleh masyarakat.

6. Ketahuilah dan ingatlah, bahawa syariat islam meletakkan asasnya atas rasa sangka baik terhadap semua orang islam dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi.


Perasaan buruk sangka ini susah untuk dibuang dari hati orang...ini kerana mereka sering memandang serong terhadap orang lain...Dan mereka selalu mengatakan diri mereka sahaja yang betul..

Dari perasaan buruk sangka inilah akan lahir satu perasaan yang lain,iaitu ego,riak,takabbur...MasyaAllah...

"Ya Allah kau hindarilah hambaMU ini dari segala perasaan tersebut yang boleh meretakan hubungan antara manusia.."

BURUK SANGKA SALAH SATU PENYAKIT HATI

Salam..

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT.

Buruk sangka yang dimaksudkan di sini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya. Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan, "Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)

NUZUL QURAN


Salam..

Esok 17 Ramadhan...hari yg diturunkan Al Quran..

Firman Allah s.w.t

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
(Surah Al Baqarah:185)


p/s:kita jangan hanya menyambut nuzul Quran sahaja,tetapi perlu mengambil segala perintah dan larangan daripada Al Quran...semoga hidup di redhai Allah s.w.t

Tuesday, September 1, 2009

KAIN KAPAN HAJI TEEPOO...hehehe...

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj. Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj. Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj. Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk,
koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini Telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo."Bang" , bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang
meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yg dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukanselama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan
Fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang... ."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Teepo terus terlentang
Kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.


P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu... .. Ambik le iktibar...

SANTAI SEJENAK....(HILANGKAN BORING)


SURAT BUAT ANAK ABAH YG BLOM LAHIR LAGIK…



Kehadapan anak abah,

abah tulis surat nih mase nko blom lahir lagik. abah pon kompius nak soh nko panggil abah ni abah ke ayah ke papa ke daddy ke... tapi lantak la. abah bahasakan diri abah dulu la yerk nak?

masa nko memula tumbuh lam perot mak nko nih ha. abah eksaited giler nko tau tak. maklom la lame dah abah nunggu sejak abah pk yg abah takmo anak lagik takut abah nampak tua. lagipon abah rase tak macho bila laki ensem yg gagah perkasa cam abah nih dukong anak hiks.

kadang² bila mak nko montah² pening loya nak itu nak ini. abah rimas beno nko tau tak? abah rase nak sekeh² jerk nko. rimas abah nko tau tak hiks... mak nko lak ngengade nak itu ini tengah² malam merengek huh! kengkadang abah ngah tido kol 3 pagi mak nko soh abah pegi 7eleven beli asam kecot. walaupon 7 eleven 24 jam tapi abah sangat arh tensen idop cenggitu. memula jerk abah leh layan lelama abah nyampah! ptoih!

pastu masa nko dah besor sikit. perot mak nko pon besar gak. mase tulah mak nko ngidam benda² merapu. dia nak abah bawak dia jalan² je takmo dok umah. abah memang tensen nko tau tak... abah rase ilang macho abah bawak pompuan ngandong perot besor. tapi tu tak bermakna abah takde sifat kebapaan. abah sangat rase syok gile bile mak nko ngandongkan nko. tapi tu arh cam abah cakap tadik. abah hambik masa sikit nak bagi nko idop lam perot mak nko untuk tempoh 9 bolan nih. nko pon dah nak lahir dah nih...abah redha jelah...

nebes dan eksaited abah makin bertambah. esok due date nko nak. adui la saspen seh abah gini! seblom nko kuar esok, abah tulis surat nih nak gitau nko bahawa kehadiran nko nih mendebarkan abah. abah cuak giler nih nak sambot nko esok...kalo bulih abah nak tunda sket kelahiran nko...
minggu depan ker bolan depan ker...tahun depan ker...bulih tak nko kuar lambat sket? abah cuak arh hiks...

dari abahmu…

APABILA ALLAH MENCINTAI HAMBANYA

Salam,

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jikalau Allah
Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan
memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan
itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang
seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si
Fulan, maka cintailah si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu
mencintainya. Setelah itu diletakkanlah kecintaan padanya di kalangan
penghuni bumi."

(Muttafaq 'alaih)

Semoga Allah mencintai kita semua......

3 GOLONGAN YANG TIDAK BERBICARA DENGAN ALLAH

Salam,

Daripada Abu Hurairah r.a.,katanya,
"Ada 3 macam orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan tidak pula
menganggap mereka sebagai orang bersih (dari dosa),juga tidak hendak melihat mereka itu dan bahkan mereka akan memperolehi siksa yang pedih sekali.

1.Orang tua yang berzina.

2.Raja (pemimpim negara)yang suka berbohong.

3.Orang miskin yang sombong.

Riwayat Muslim.


PERLAHAN-LAHAN MENDATANGI SOLAT

Salam,

Daripada Abu Hurairah r.a,katanya,saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila solat telah diiqamati,maka janganlah kamu semua mendatanginya sambil berlari-lari.
Tetapi datangilah itu sambil dengan perlahan-lahan,kerana bersamanya ada ketengangan.
Ikutlah yang mana kamu sempat dan gantikan yang mana tertinggal."

Muttafaqun Alaih.